-- | February 18, 2008 | --
hatt_beckham |
Kelantan perlu bantuan rawat kemiskinan

KOTA BHARU: Kelantan memerlukan 'rawatan hebat' tahun ini bagi membolehkannya keluar daripada kepompong sebuah negeri yang sentiasa digelar miskin dan kurang membangun.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata rakyat negeri ini memerlukan sebuah kerajaan yang baik untuk melonjakkan diri keluar dari kepompong itu.

Katanya, Kerajaan Pusat sentiasa berusaha membantu Kelantan menikmati pembangunan, tetapi memerlukan kepada satu lonjakan besar dengan membabitkan kerjasama kerajaan negeri.

"Oleh itu, melalui rawatan yang akan dilakukan tahun ini apabila BN menguasai Kelantan, rakyat negeri ini akan menyaksikan satu lonjakan besar," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis penyampaian bantuan muqadam 2008 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadok, dekat sini, semalam. Hadir sama Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Annuar berkata demikian apabila diminta mengulas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika lawatan ke Kelantan kelmarin, yang mengatakan 2008 adalah tahun merawat Kelantan.

Najib berkata, 2008 adalah tahun merawat Kelantan daripada segala kepincangan serta kegagalan pemerintahan Pas sejak 18 tahun lalu.

Annuar berkata, setiap kali pilihan raya umum, rakyat diberi kesempatan menentukan masa depan dalam memastikan Kelantan berjaya dikeluarkan daripada kepompong itu.

Katanya, secara relatifnya, Kelantan adalah sebuah negeri tertinggal dan tercicir daripada pelbagai arus pembangunan berbanding negeri lain di negara ini.

"Isunya bagaimana rakyat Kelantan hendak membuat lonjakan besar itu. Oleh itu ia memerlukan kepada satu rawatan dan tahun ini akan menjadi rawatan paling hebat buat negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Alwi menyifatkan Kelantan ibarat orang sakit memerlukan kepada rawatan bagi menikmati kehidupan lebih sihat pada masa depan.

Katanya, rawatan itu nanti membabitkan pendekatan yang akan disediakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dilihat amat mujarab untuk menyembuhkan rakyat Kelantan.

"Orang Kelantan selalu mengaitkan rawatan dengan bomoh dan kali ini rawatan daripada BN adalah lebih hebat bagi memastikan rakyat Kelantan sentiasa sihat.

"Rakyat Kelantan kena juga makan ubat itu untuk sembuh dan berharap daripada kena penyakit 'hijau', mereka akan sembuh menjadi 'biru'," katanya.

Undergoing MyBlogLog Verification

Di conteng oleh hatt_beckham masa : 12:41 pm
Comments (2)  

hatt_beckham |
dah x lama dah..

hmm dah x lama dah kita nak tentukan pemimpin2 yg akan menerajui negara kita nanti.. hope korang semua pandai2 pilih pemimpin yg korang rasa elok, bagus dan yg boleh membawa kemajuan di kawasan korang..

kalau 2 penggal dia yg duk jaga tapi x nampak apa2 perubahan.. takkan korang nak tengok dia jadi pemimpin korang??? pk elok2... yup x nafikan BN adalah parti yg majoriti memerintah negara ini.. cuma rasa  korang matang kan?? korang nampak kan.. jika sesuatu tempat yg dulu kubu kuat satu2 parti.. bila berubah parti yg lain yang memerintah.. sure akan nampak banyak pembangunan berlaku di kawasan itu.. so korang pk2 la sendiri..

aku x kata aku sokong mana2 parti.. yup parti itu adalah rahsia kan.. cuma apa yg mampu aku katakan.. aku akan pilih org yg aku rasa sesuai.. yg boleh mengubah n membangunkan tempat aku..

masing2 mempunyai impian dan matlamat.. setiap satu undi ini mampu mengubah segalanya.. oleh itu pandai2 la korang memilih k.. okla chow dulu..

 

 


Di conteng oleh hatt_beckham masa : 12:31 pm
Meh taiP KomeN  

-- | January 26, 2008 | --
hatt_beckham |
no entry???

apa yg no entry erk?.. hahahaha.. ntah laa... otak tgh bingung x cukup tido..

agak pening sekali... ops bukan  sekali.. berkali-kali.. pagi ni dah la x cukup tido.. sampai plak opis blum bukak.. hari ni keje ke x?? pening.. hmm yg aku nampak cuma sofa kat dlm opis jer..

hmm ntah laa hari ni nak rest.. hope semua nya ok.. d minggu hadapan..


Di conteng oleh hatt_beckham masa : 01:41 pm
Meh taiP KomeN  

-- | January 18, 2008 | --
hatt_beckham |
Bongkar rahsia sains dalam al-Quran

Bongkar rahsia sains

dalam al-Quran

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

 

ANTARA peserta seminar Tafsir al-Quran serta Sains di Kolej Keenam Universiti Putra Malaysia (UPM).


 MANA mungkin syiar Islam tegak berkembang dan syariat Allah diamalkan tanpa berlandaskan al-Quran, mukjizat pemberi petunjuk untuk manusia dengan dibantu sains untuk memahami hakikat dan tabie alam.

Bagaimanapun, keilmuan sains terbatas dan berubah-ubah mengikut kemampuan akal manusia, sedang keilmuan al-Quran adalah mutlak yang memberitahu hakikat seluruh alam untuk difikirkan oleh manusia.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka. (Ali Imran: 190-191).

Mafhum tersebut mengingatkan manusia mengenai peranan sebagai khalifah-Nya di muka bumi tetapi dalam masa yang mesti akur sebagai 'hamba' pada ketetapan-Nya.

"Tujuan sains adalah untuk manusia memahami tabie alam agar manusia boleh mengurus dan mengambil manfaat daripadanya.

"Sedang tujuan al-Quran adalah untuk memberi petunjuk kepada manusia," tegas Pengarah Institut Islam

Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Yusof Othman.

Beliau berkata demikian ketika memberi pengisian ilmu pada Seminar Pendekatan Islam Hadhari dan Tafsir Al-Quran serta Sains baru-baru ini.

Seminar setengah hari kelolaan Pusat Islam Universiti dan Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berlangsung di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam UPM.

Meskipun kehadiran peserta boleh dikira dengan jari kerana sasaran agak terhad, tetapi pengisian keilmuan oleh Dr. Mohd Yusof sangat bermakna untuk difahami dan diamalkan oleh ahli da'ie, pendakwah dan golongan beriman yang hadir.

Bagaimanapun kata beliau, istilah-istilah bahasa Inggeris yang memonopoli dalam sains dan teknologi menjadikan manusia semakin jauh dari Tuhan.

Ini kerana jelasnya, tidak ada satu istilah sains dan teknologi berbahasa Inggeris pun yang membawa maksud dan bermatlamat kepada Tuhan serta ketuhanan (tentunya Allah s.w.t.).

"Sebab itulah kebanyakan ahli sains moden yang berjaya dan cemerlang tidak mempercayai pada Tuhan dan konsep ketuhanan," katanya.

Sedangkan istilah-istilah bahasa Malaysia (apa lagi bahasa Arab) dalam teknologi dan sains jika diguna pakai sepenuhnya, tegas beliau, ia bukan sahaja mendekatkan saintis kepada Tuhan malah akan menjadikan mereka tunduk akur sebagai 'hamba' apabila semakin banyak penerokaan ilmu dibuat.

Semua hasil ilmu sains yang diterokai itu pula, menurut Dr. Mohd. Yusof yang juga ahli fizik yang terlibat dalam pelbagai organisasi penyelidikan sains peringkat antarabangsa, membantu memudahkan kehidupan seluruh ummah.

Untuk memahami alam, katanya, manusia mesti melepaskan dirinya dari nilai hidup, budaya dan emosi kerana sains tidak mampu menerangkan semua ilmu yang terkandung dalam al-Quran.

"Tetapi tidak dalam memahami al-Quran, kerana ia menerangkan prinsip dan konsep asas dalam semua keilmuan sains dan al-Quran berperanan untuk membangunkan nilai diri, budaya dan emosi individu.

"Sebab itu, setiap Muslim mesti membaca al-Quran dan cuba berusaha memahaminya melalui pelbagai kitab-kitab tafsir yang ada kerana ia bukan sahaja menenangkan jiwa yang resah malah cahaya petunjuk pada kekaburan hidup," jelasnya.

Orang yang benar-benar takut akan Allah tegas beliau lagi, adalah alim ulama yang mendalam pengetahuannya mengenai isi kandungan al-Quran dan sains (keilmuannya).

Menurut Dr. Mohd. Yusof, mana mungkin Muslim dapat melaksana dan mengamalkan solat, puasa, zakat dan haji jika ilmu-ilmu sains dari dan dalam al-Quran tidak dikaji.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh Muslim membuat perubahan terhadap Islam dengan menafsirkan al-Quran dan sains secara beriringan, bermula dari dalam diri dan pada diri setiap individu itu sendiri.

Beliau kemudian turut menyaksikan pelancaran Tafsir Membongkar Rahsia Al-Quran oleh Pengarah Pusat Islam Universiti UPM, Dr. Amini Amir Abdullah yang diadakan pada akhir seminar tersebut.

Seminar yang dirasmikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Pusat Islam Universiti UPM, Drs. Wan Aminurrashid Wan Abd. Hamid itu turut mengundang Komander Sukarelawan al-Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten (B) Samsudi Moner sebagai penceramah.

Samsudi memenuhi slot beliau melalui ceramah bertajuk, 'Konsep dan falsafah Tafsir Hadhari: Membongkar Rahsia al-Quran'.


Di conteng oleh hatt_beckham masa : 01:07 pm
Meh taiP KomeN  

-- | January 14, 2008 | --
hatt_beckham |
beli tudung secara online??

nak beli tudung??..

tp x tau nak cari kat mana???

just order online...

 

harga berpatutan dan bayar

dengan harga borong.. 

berkualiti tinggi... 

nak tau lebih?? klik banner kat bawah erk..

 


Di conteng oleh hatt_beckham masa : 03:18 pm
Meh taiP KomeN  

Previous Page Next Page

* about me

nick YM!: hatta7
location : Somewhere in KL
d.o.b : 09 @ugust

* tag board

   

* other blog section

abg jek
ahsuez n samurai
asukiz
asukiz@noruji
en. skinz
Evildead's Lair
Eilla SiNgapoRe
faizalfarah
fauzianita mmu
fatma mmu
gembeng weblog
jejer a.k.a triple x
ymhafluz
zam4ever
ariyako a.k.a najib mmu
fairuji a.k.a faisal

sodep - Link Me To Your Weblog !!!
Oyak! v6 - sekadar memberitahu

* foto section

suzir's fotopages
ieza's fotopages
elynn mmu's fotopages

* other

Summons PDRM
Seekers Malaysia
Genius FC@GoFutsal
GoFutsal

* entry hatt-beckham

* calendar

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

* birthday

January
|10| Nasrul Ibrahim |11| Azhan Zaidi |21| Iman
Februari
|08|ZaMri eP
March
|05| aLong zidane |14| suzirnistelrooy |18| *azam azrin*
April
|01| C-Deq |04| amin DeMek |07| yusni eP |09|*mohd ikhsan*
|21| NoHa | nicky | anA RoziANa |22| daRnaLis | farida hanim | nurfarahina
Mei
|01| Todd |02| David Beckham |11|*my dad* |29|*ahmad tajuddin*
Jun
|20| Afiza a.k.a ija Julai
|09|*my mum* |15| akram@lobo |23| skinz
Ogos
|09|*myself* |10| dana | acoi |11| hishamsol@aman |14| syawal faiz |15| rauf arafat |16| zaidizero |21| azreen@jack |29|*ajwad nur ajmal*
September
|03| shamsuddin sahri
Oktober
|21| iezA MuaR
November
|19| BaiTy |20|*aniff nur atika* |23| icha wanda Disember
|01| ayusofea |30| bujal hassan



My blog is worth $12,984.42.
How much is your blog worth?

* Radio HoT.Fm

* credits

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

* credits

Found at: blogskins
Hosted by: blogger


ireansMusic