-- | May 13, 2009 | --
hatt_beckham |
Tukar Server!!

Sorry dah lama x updated kat sini..

So sesapa yang masih nak ikut perkembangan aku..

sila updated link erk..

http://blog.ahmadhatta.com

thanks

Di conteng oleh hatt_beckham masa : 07:41 pm
Meh taiP KomeN  

-- | May 23, 2008 | --
hatt_beckham |
tahniah + request...

tahniah

buat jasmiyati… congrate laa coz dah dapat tukar ke Sabah..
so.. maybe kita tak akan jumpa lagi kut… uikss..
tapi takpe laa.. moga bebahagia disamping keluarga erk…

congrate akram

akram.. congrate aaa.. esok ko dah akan bertukar status "SUAMI"..
moga berbahagia selalu hendaknya…

request lagu…

Azreen request… uiks cari je laa.. ingat aku ni tempat request lagu erk…

# Matta Band - Ketahuan 
# Judika - Bukan Rayuan Gombal
# Aliff Aziz - Sayang-Sayang
# Izwan Pilus - Kembali Senyum
# Matta band - Jatuh Cinta Lagi
# Imran Ajemain - 1000 Tahun
# Kaer - Izinkan ku pergi
Faizal Tahir - Maharkarya Cinta
Misha Omar & Andy Flop Poppy - Sembunyi
Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
Jamal Abdillah & Mawi -Terharu
Mawi - Kian
Mawi - Angan Dan Sedar
Shannon - Bila Engkau Jauh
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Ajai & Nurul - Serasi Bersama
Kristal - Memburu Impian
Sudirman - Merisik Khabar

seronoknya dia!!!…

seronoknya sidia.. ada job kat luar.. nun jauh kat utara…
takutlah plak nak kacau dia tengah keje kan..
tapi tadi sidia inform by SMS tengah berjalan-jalan kat Padang Besar..
pagi ni nyer job cancel.. tu yang duk jalan-jalan… tak aci betul…
uikss.. saja laa tue nak jeleous kan orang??.. xpe laa.. lain kali laa..
ada ubi ada batas, ada hari boleh balas….

balik kampung!!…

today, balik kampung.. uiks.. last month baru je balik.. uwaaa..
bila aku nak balik nie.. mesti orang cakap aiks.. rajin balik kampung??
ni aaaa.. x balik salah.. balik salah… huhuhuhu… cuma kepulangan kali
nie… rasa x sempat nak berehat sangat… huhuhuhu…
terkejar-kejar rasanya….

Gembeng!!

ni baru dapat msg dari Nicky.. ckp rindu kan zaman kuar reramai masa dulu…
Gembeng.. Masa MMU melaka… huhuhuhu.. aku rindu gak zaman tue, huhuhu..
hope dapat la jumpa masa kenduri Akram kat Melaka…

Di conteng oleh hatt_beckham masa : 05:03 pm
Meh taiP KomeN  

-- | April 8, 2008 | --
hatt_beckham |
Untuk Difikir : Kerbau Lahir Anak Manusia??

Untuk Difikir : Kerbau Lahir Anak Manusia??

Tak habis kes zina, rogol.. kuar plak part nie.. just nak kongsi ngan korang semua.. orang + kerbau = ??? korang tengok dan korang fikirkan sendiri...

1207537853_buffalohuman07

kejadian ini dikatakan berlaku di Thailand.. Area mana x pasti la pulak..

1207537853_buffalohuman01

1207537853_buffalohuman02

1207537853_buffalohuman03

1207537853_buffalohuman04

1207537853_buffalohuman05

1207537853_buffalohuman06

1207537853_buffalohuman09

macam-macam perkara yg tak masuk akal berlaku...

korang ada akal.. korang fikir sendiri k..

Di conteng oleh hatt_beckham masa : 08:27 pm
Meh taiP KomeN  

-- | February 19, 2008 | --
hatt_beckham |
Kikis pandangan serong terhadap dunia Barat

Kikis pandangan serong terhadap dunia Barat

Oleh Faiza Zainudin dan Mohamed Farid Noh

KUALA LUMPUR: Tokoh ilmuwan Islam disegani dunia, Sheikhul Al-Azhar, Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi, mengingatkan umat Islam di seluruh dunia supaya mengikis pandangan serong terhadap masyarakat Barat kerana tidak semua dari Barat itu jahat.

Beliau berkata, banyak perkara boleh dipelajari daripada mereka termasuk ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk kemajuan umat Islam sejagat.

Katanya, pandangan serong kepada dunia Barat perlu dikikis, tambahan pula al-Quran sendiri memerintahkan umat Islam untuk berinteraksi dengan pemeluk agama lain selagi mereka tidak menganiaya agama, negara, harta dan tempat ibadah Islam.

"Jangan beri pendapat terlalu umum terhadap Barat, bukan semua orang Barat jahat, dan jangan terburu-buru menghukum mereka.

"Ada juga yang menyokong Barat kerana memberi faedah kepada Islam, dan ramai orang Barat baik dan memeluk Islam seperti di Universiti Al-Azhar ada lebih 30,000 orang.

"Tanggungjawab kita untuk menunjukkan teladan yang baik kepada mereka (Barat)," katanya pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam kepada beliau, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Dr Zainal Abidin Abdul Kadir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan masyarakat Barat terhadap Islam yang menganggap penganut agama itu sebagai pengganas dan menimbulkan ancaman kepada mereka sejak dahulu lagi.

Ketika diminta mengulas pembangunan nuklear oleh kerajaan Iran bagi kegunaan menjana tenaga elektrik rakyatnya dan dianggap Barat sebagai tujuan untuk peperangan, Sheikh Muhammad berkata, umat Islam perlu menyokong sebarang usaha atau ilmu yang dibangunkan kerajaan Islam untuk kemudahan umatnya.

"Apa-apa ilmu yang memberi faedah kepada Islam, kita mesti sokong, tapi jangan gunakan ilmu itu untuk memusnahkan umat Islam sendiri," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu politik.

Mengenai perbezaan pandangan fahaman pelbagai mazhab dan sunnah sehingga menimbulkan perbalahan antara umat Islam, beliau berkata, selagi umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Islam sejati dan tidak bermusuh dengan Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya, selagi itulah, tiada perbezaan antara mereka.

"Islam agama kita dari Nabi Adam dan Muhammad, mereka yang tidak bermusuh dengan nabi dan sahabat dan berpegang kepada ajaran sejati, adalah Islam, dan tidak ada beza antara puak Syiah atau mazhab lain," katanya yang menganggap perbezaan aqidah adalah sunatullah.

Beliau mahu setiap ulama dan ilmuwan bersikap berani dalam menyampaikan ilmu pengetahuan yang benar tanpa rasa takut kepada sesiapa.

Beliau berkata, tanpa sikap itu dan ikhlas, ilmu pengetahuan yang mereka dimiliki akan hilang tanpa diwarisi generasi umat Islam seterusnya sekali gus menyebabkan tersebarnya kejahilan dan kesesatan yang merugikan semua pihak.

Di conteng oleh hatt_beckham masa : 11:06 am
Meh taiP KomeN  

hatt_beckham |
Ummah diminta kuasai ilmu sejagat

Ummah diminta kuasai ilmu sejagat

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak umat Islam di seluruh dunia kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar yang relevan sepanjang zaman.

Beliau berkata, umat Islam seharusnya menguasai ilmu, menjalin persaudaraan Islam, mengamalkan cara hidup seperti dituntut agama serta mempelajari agama seperti dalam al-Quran dan hadis sahih, bukannya sekadar luaran saja.

"Walaupun Islam agama yang sempurna, kecenderungan penganutnya menyalahtafsirkan agama dan memesongkan ajarannya menyebabkan umatnya berpecah belah," katanya menyampaikan ucaptama bertajuk Global Krisis Dalam Dunia Islam di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak di sini, semalam.

Dalam ucapannya selama kira-kira 45 minit itu, Dr Mahathir turut menghuraikan pelbagai faktor kejatuhan kegemilangan Islam sehingga menjadikan umatnya lemah dan dipandang rendah, manakala Islam sendiri dicap sebagai agama yang mengajar keganasan.

Katanya, kekeliruan atau kepercayaan bahawa sains akan menghakis kepercayaan agama, menyebabkan orang Islam yang memegang kuat kepada agama akan menolak sains.

Dr Mahathir, berkata walaupun sains memainkan peranan amat besar dalam kehidupan manusia, ia menjadi masalah kepada orang Islam jika ada kekhuatiran sama ada ia akan menghakis atau menghapuskan kepercayaan agama.

"Oleh itu, janganlah kita khuatir bahawa mempelajari sains akan menghakis iman kita dan kepercayaan kita terhadap agama. Sebenarnya kita menunaikan satu kewajipan, satu daripada fardu kifayah dengan mempelajari sains," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam supaya mendalami ilmu sains dan agama dengan seimbang supaya dapat menerajui dunia yang lebih jujur, bermoral, kaya dan berpengetahuan tinggi.

Daripada sebuah ummah yang tunggal, Dr Mahathir berkata, umat Islam membiarkan diri mereka berpecah kepada pelbagai golongan, mazhab dan tarikat, dengan masing-masing lebih mengutamakan Islam siapa lebih tulen daripada soal ummah yang satu.

Dr Mahathir menyaran umat Islam perlu memperbetulkan semula diri kerana merekalah yang perlu berubah, bukan secara mengetepikan Islam tetapi dengan kembali semula kepada asas sebenar Islam.

"Fundamental Islam adalah baik. Umat Islam terdahulu yang berjaya membina keagungan tamadun Islam semestinya fundamentalis kerana tidak banyak tafsiran bercanggah yang mengelirukan ummah ketika itu.

"Nabi Muhammad SAW membawa hanya satu agama Islam. Kita perlu kembali kepada Islam yang satu yang dibawa Rasulullah. Kita mesti melakukan ini sebagai orang yang waras, bukannya orang yang emosional," katanya.

credit : Berita Harian, 17 Februari 2008

Di conteng oleh hatt_beckham masa : 11:01 am
Meh taiP KomeN  

Next Page

* about me

nick YM!: hatta7
location : Somewhere in KL
d.o.b : 09 @ugust

* tag board

   

* other blog section

abg jek
ahsuez n samurai
asukiz
asukiz@noruji
en. skinz
Evildead's Lair
Eilla SiNgapoRe
faizalfarah
fauzianita mmu
fatma mmu
gembeng weblog
jejer a.k.a triple x
ymhafluz
zam4ever
ariyako a.k.a najib mmu
fairuji a.k.a faisal

sodep - Link Me To Your Weblog !!!
Oyak! v6 - sekadar memberitahu

* foto section

suzir's fotopages
ieza's fotopages
elynn mmu's fotopages

* other

Summons PDRM
Seekers Malaysia
Genius FC@GoFutsal
GoFutsal

* entry hatt-beckham

* calendar

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

* birthday

January
|10| Nasrul Ibrahim |11| Azhan Zaidi |21| Iman
Februari
|08|ZaMri eP
March
|05| aLong zidane |14| suzirnistelrooy |18| *azam azrin*
April
|01| C-Deq |04| amin DeMek |07| yusni eP |09|*mohd ikhsan*
|21| NoHa | nicky | anA RoziANa |22| daRnaLis | farida hanim | nurfarahina
Mei
|01| Todd |02| David Beckham |11|*my dad* |29|*ahmad tajuddin*
Jun
|20| Afiza a.k.a ija Julai
|09|*my mum* |15| akram@lobo |23| skinz
Ogos
|09|*myself* |10| dana | acoi |11| hishamsol@aman |14| syawal faiz |15| rauf arafat |16| zaidizero |21| azreen@jack |29|*ajwad nur ajmal*
September
|03| shamsuddin sahri
Oktober
|21| iezA MuaR
November
|19| BaiTy |20|*aniff nur atika* |23| icha wanda Disember
|01| ayusofea |30| bujal hassan



My blog is worth $12,984.42.
How much is your blog worth?

* Radio HoT.Fm

* credits

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

* credits

Found at: blogskins
Hosted by: blogger


ireansMusic